top of page
VACCINE (A5)-2.png

Hi I'm Dr Rizal from Klinik MeccaMD!

Apa pun yang anda ingin tahu bagi meningkatkan lagi ilmu penjagaan diri dan kesihatan, saya sedia membantu! 

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • Instagram

Whats Up Doc?

Kami di Klinik MeccaMD berhasrat menjadi pendamping sihat penduduk sekitar dalam meningkatkan lagi mutu kesihatan. Melalui media sosial dan interner, kami berhasrat dari masa ke masa dapat sentiasa memberi info dan penerangan kesiahtan yang ringkas dan mudah difahami masyarakat. Topil-topik penting dan menarik akan kami kongsi kepada keluarga MeccaMD agar kita semua lebih informatif, peka dan yang paling penting membantu kehidupan sehari-hari kita untuk lebih sihat!

​

Dr Rizal 

Pengarah Urusan

Klinik MeccaMD 

Family Portrait

Sihat & Panjang Umur (Longevity)

Seberapa lama kita hidup tentulah takdir dan rahsia tuhan. Namun ia juga bergantung kepada usaha kita dalam memastikan faktor persekitaran, keadaan fisiologi kita sendiri. Walaupun begitu,  tidak semuanya dapat dikawal. Berdasarkan data, penyakit kronik adalah penyebab utama kematian dan kecacatan di seluruh dunia dan ia menyumbang 71% daripada semua kematian dan 79% daripada tahun yang hidup dengan kecacatan. Ini adalah fokus utama kita dalam usaha memastikan kita sihat dan panjang umur.

​

Kajian mengenai umur panjang mengenal pasti empat halangan utama untuk hidup lebih lama, yang disebut sebagai empat tiang penyakit:

  • Kanser

  • Penyakit jantung

  • Penyakit neurodegeneratif

  • Diabetes jenis 2 (dan disfungsi metabolik yang berkaitan)

 

Adalah sangat penting untuk kita mengenal pasti dan menangani risiko penyakit kronik dan ia bukan hanya untuk orang golongan yang lebih tua. Memahami sejak usia yang lebih muda boleh mengarah kepada perubahan positif pada usia muda serta pencegahan awal kepada faktor risiko penyakit dan ini  membantu menambah baik jangka hayat kesihatan. 

​

Adakah terdapat ujian untuk umur panjang?

​

Setakat ini, tiada ujian tunggal yang dapat meramalkan jangka hayat anda atau mengurangkan risiko kematian. Walau bagaimanapun, saringan dan ujian darah dapat membantu mengenal pasti masalah kesihatan sebelum gejala muncul, membolehkan intervensi awal.

​

Di era moden ini, berdasarkan penyelidikan dan data, ada beberapa biomarker tambahan yang boleh memberi gambaran yang lebih jelas kepada tahap kesihatan kita. Biomarkers tambahan ini termasuklah Apolipoprotein B, Vitamin D, Vitamin B12, Ferritin, Homocystein dan Kortisol memberi data tambahan yang lebih jelas kepada tahap kesihatan jantung, muskuloskeletal, otak, darah dan penyakit kronik sejak dari awal. 

​

Doktor mengesyorkan kita semua untuk sentiasa peka dengan tahap kesihatan kita dan dengan mengetahui data dari biomarker-biomarker ini, kita akan lebih yakin dan menghadapi hari-hari sihat kita. Pemeriksaan sekurang-kurang setahun sekali adalah disarankan bagi kita lebih peka terhadap status dan kualiti kesihatan badan kita dari masa ke masa.

​

Sebetulnya cegah itu adalah lebih baik dari merawat dan semoga di era yang lebih moden dengan data dan kaedah yang ada, kita akan dapat mengambil peluang ini untuk menjaga tubuh badan kita dengan lebih baik!

​

Dr Rizal

Klinik MeccaMD

Musician

Stem Cell

Apabila kita lebih peduli dan mengetahui seseuatu perkara, proses penambahbaikkan pastinya akan lebih kerap berlaku. Ini benar dalam banyak hal termasuk kesihatan kita sendiri.

​

Seseorang yang aktif tidak semestinya bebas dari penyakit. Aktif bukanlah tiket untuk kita tidak mengendahkan status kesihatan kita malahan 

​

Read more..

​

Dr Rizal

Klinik MeccaMD

Contact

I'm always looking for new and exciting opportunities. Let's connect.

+6012 638 8172

Screenshot 2023-08-06 at 10.25.17.png
bottom of page